Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dinanti-nantikan telah selesai tanpa menyelesaikan pertelingkahan antara PAS dan DAP.

Sebaliknya, mesyuarat itu memutuskan isu-isu yang menjadi pertelingkahan di antara PAS dan DAP hanya akan diselesaikan selepas 10hb Februari 2015, iaitu selepas keputusan rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Masa depan PR dikatakan tergugat disebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering tidak hadir ke mesyuarat tertinggi PR, mengakibatkan ia sudah enam bulan tidak bermesyuarat.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, 8hb Februari 2015. Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, 8hb Februari 2015.

Ia menjadi bertambah hangat bila timbul pertelingkahan secara terbuka di media massa antara Hadi dan Datuk Seri Mustafa Ali dengan pimpinan tertinggi DAP berhubung perancangan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud dan hasrat DAP melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Cabar-mencabar berterusan di antara Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Guan Eng juga memberitahu DAP membuat ketetapan untuk tidak meneruskan penyertaan di…

View original post 272 more words